Tuesday, September 25, 2007

AKTIVITI PPD PULAU





program perkembangan staf di pahlawan resort dan anugerah perkhidmatan cemerlang

Sunday, September 23, 2007

PEGAWAI DAN STAF PPD PULAU


VISI dan MISI PPD PULAU

VISI

PPD Pulau Pusat Kecemerlangan Pengurusan Pendidikan Menjelang 2010

MISI

Meningkatkan pengurusan pendidikan yang berkualiti dan berkesan melalui :
· Perancangan pengurusan pendidikan yang berfokus
· Kumpulan Kawalan Mutu Kerja
· Tindakan proaktif penambahbaikan perkhidmatan
· Iklim organisasi yang kondusif
· Amalan penghayatan nilai-nilai murni

PIAGAM PPD PULAU
  • Sentiasa memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik dan lancar bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara
  • Menyediakan staf yang mencukupi pada minggu pertama persekolahan bermula.
  • Menentukan setiap pegawai, pengetua, guru besar, guru-guru dan staf sokongan pendidikan Daerah Pulau sentiasa berkhidmat dengan berdisiplin, cekap dan berkesan

  • Memastikan semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru bermula.
  • Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat, cekap dan mesra pelanggan.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi pengurusan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang.
  • Menentukan surat aduan dan rayuan diberi jawapan dalam masa dua minggu dari tarikh diterima.




Sunday, September 9, 2007

SEJARAH PPD PULAU

Pejabat Pendidikan Daerah Pulau diwujudkan pada tahun 1982 dengan menempatkan pejabatnya di SMK Hutchings.
Pada 1 Ogos 1989 PPD dipindahkan ke bangunan SK Jalan Baru sehingga tahun 2004.
Pada tanggal 10 Mei 2004 Pejabat Pendidikan Daerah (Pulau) telah berubah wajah apabila berpindah ke bangunan baru yang lebih besar dan selesa di 25 Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang